Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Hari ni Ifa nak berkongsi satu resepi di mana sotong yang telah kita salut dengan tepung dan digoreng, dan disaluti pula dengan telur masin warna kuning. Nama resepi ini ialah resepi Salted Egg Squid. Oh ya, kawan-kawan tahu tak telur masin tu? Hihi. Sesetengah tempat dipanggil telur asin.
Terima kasih kepada Kak War sebab ajar resepi ni. Salted Egg Squid dah jadi menu kegemaran Ifa sekeluarga.
Mula-mula sekali Ifa ajarkan macam mana nak buat sotong celup tepung tu dulu ya.
SOTONG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan:
- Tepung Ubi
- 1 sudu Meal Shakes Shaklee (ini Ifa olah sendiri daripada resepi Kak War)
- Garam
- Lada hitam
- Lada Sulah (ini Ifa olah sendiri daripada resepi Kak War)
Cara-caranya:
- Pastikan minyak masak cukup untuk goreng sotong bersalut tepung. Deep-fried style.
- Salutkan sotong yang telah dipotong bulat-bulat tadi pada tepung ubi satu persatu.
- Goreng sekejap dan toskan.
** Ingat, seafood jangan masak lama sangat, nanti dia akan kenyal atau keras isinya.
TELUR MASIN
- Telur masin direbus dan diambil kuningnya sahaja. Untuk 2 orang makan, Ifa hanya guna 2 biji sahaja telur masin. Nanti kawan-kawan adjust ya.
SOTONG CELUP DISALUT TELUR MASIN
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar kuning Holland (resepi asal Kak War gunakan 2 biji bawang putih)
- Minyak masak
- Butter
- Daun kari
- Cili merah
- Kiub pati ayam
- Telur masin yang berwarna kuning (dihancurkan)
Cara-caranya:
- Masukkan minyak masak dan butter. Bila dah panas cepat-cepat masukkan bahan-bahan untuk menumis ya.
- Masukkan bawang Holland yang dimayang, cili merah dan daun kari.
- Masukkan telur masin kuning yang dihancurkan tadi dan kacau sehingga telur masin kuning itu cair.
- Masukkan kiub pati ayam.
- Akhir sekali masukkan sotong celup tepung tadi supaya berbalut elok bersama telur masin kuning itu. Ifa perlahankan api dan kacau sehingga betul-betul kering dan bersalut sekata.
- Dah siap, boleh hidangkan! Resepi Salted Egg Squid!
**Ingat, butter cepat hangit, hihi. Cepat-cepat menumis bahan tumis apabila minyak dan butter panas. Api juga jangan terlalu kuat.




























